Posted by fieQa.. Saturday, April 17, 2010 5:56 AM 0 comments



~To know Malaysia, is to love Malaysia
People smiling everywhere
Showing you how much they care~

Posted by fieQa.. 2:58 AM 0 comments

Posted by fieQa.. 2:50 AM 0 comments

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.


1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.


Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.


1Malaysia:
Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan

Posted by fieQa.. 2:39 AM 0 comments
alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5461040348136056050" />




Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

1 Malaysia

Posted by fieQa.. 2:02 AM 0 comments


Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan juga agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa "1 Malaysia" yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat.Perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi memantapkan suasana negara yang lebih harmoni, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bersesuaian dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.


1 Malaysia juga telah membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan di antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat.Terdapat Beberapa perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan juga sikap saling mempercayai antara kaum bagi memantapkan lagi hubungan sesama kaum.



‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berlandaskan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.


1 Malaysia’juga memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi.Seperti sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan juga amanah adalah amat penting bagi melaksanakan tanggungjawab kepada negara.


Kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan juga sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara tercinta iaitu Malaysia.Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas pasti akan mendapat sokongan yang padu dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.